Pages

Tuesday, December 8, 2009

Berminat dalam Popping


Big splash big fish bak kata orang putih....
Salam sume..teman pun nak kongsi skit la..rasanya popper Rosta ni tak la mahal mana tapi masih relevan klau kita bawa ke pelantar..alhamdulillah kedua-dua popper ni nak merasa di kokak oleh GT..

Popper yang berjaya memikat GT di Pelantar Minyak Terengganu atau kawasan Kapal Karam Kawasan Pulau Pinang
Halco Rosta 45gram..
Popper River2sea model Bubble Walker 180


Gambar diatas menunjukkan popper keluaran river2sea model Bubble Walker 180. Didalam badan popper ni dilengkapi dengan bearing yang memberi kesan getaran dan bunyian apabila ditarik dan dihenjut ketika aksi popping. Tepat dengan namanya bubble walker, ia meninggalkan kesan buih yang dihasilkan oleh mulut popper yang terbuka. Ini memudahkan kawanan GT mengesan kehadiran popper ni. Ia ibarat anak ikan yang sedang bermain dipermukaan terutamanya ketika ia ditarik dan dihenjut dengan kala yang sama.
Popper seberat 180g ni amat sesuai digunakan untuk balingan jarak jauh dan menghampiri kawanan GT yang sedang boiling. Tetapi popper ni terdapat sedikit kelemahan dari segi kemasan pembuatannya. disebabkan oleh rekabentuknya daripada plastik, kemasan clear coatnya mudah tertanggal.


Popper River2sea model dumbell pop 200



Gambar diatas menunjukkan popper River2sea model dumbell pop 200, Popper dilengkapi dengan warna matelik ni juga dibekalkan dengan sepasang mata besar sebagai pemikat. mulutnya yang besar dengan leher yang ramping dapat menghasilkan bunyi pop yang nyaring dan mudah untuk memikat kawanan Gt untuk mengejarnya. beratnya 200g dengan mentuk badan yang sedikit panjang berbanding bubble walker lebih memudahkan balingan tepat kesasaran apabila diperlukan.
Selain dari pada popper itu sendiri, aku pernah dinasihatkan oleh rakan seperjuangan agar menukar mata 3 yang sedia ada kepada mata 3 yang diyakini prestasinya, ini bagi mengelakkan kejadian mata 3 yang terkangkang. Gama 4X - 3/0 (Gamakatsu) dan Owner solit ring hiper wire digunakan sabagai penyambung mata 3 kebadan popper. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada aku untuk hook up dan pump ketika ikan membaham popper.


Surecatch


Jenama surecatch memang paling berkesan sudah terbukti terutama Team Xa sentiasa membawa jenama ini ke mana tempat untuk di uji ternyata hebat hasil nya sila rujuk trip xa yang lepas dan
rekod ikan terberat GT 25kg di penang lokasi kapal singapore oleh pemancing bernama Paksu juga telah menggunakan jenama ni




pada trip oct 2009 lokasi pelantar minyak pulai yg di gunakan oleh aji aji berjaya menaikan ikan Gt seberat 21.5 kg juga mengunakan popper surecatch..


Kelemahan

anda perlu menukar rings asal ke jenama lebih lasak kerana ring boleh terbuka apabila di gasak gt 20kg keatas


Hasil Halco Rosta
rekod ikan terberat di trip penang GT 15kg oleh pemancing bernama Sado juga telah menggunakan jenama halco rosta



Set Sederhana untuk popping.


Rod Opus Bull Monster mash 8kaki ,Tali power pro 60ib,Reel Saltiga Blast 4500

cuba bayangkan jika size ikan Gt 20kg jika anda mengunakan set sederhana ini pasti anda keletihan menakibatkan pengsan2 atau 3 jam ..kerana telah berlaku terhadap saya.


Set Berat Untuk Popping


Rod Shimano Caranx panjang 8,4 tali power pro 80ib Reel Twin Power PG8000(akan di upgrade ke Stella 8000HG)



terpulang kepada kemampuan masing masing....tertapi ingat dari orang tua saya kalau terkena sakit gilos memancingterpaksa lah saya berkerja keras mencari duit untuk membeli alatan memancing dikala hari in harga peralatan memancingmahal bak boleh meminang anak dara...adakah anda sanggup berabis kerana tergilakan alatan memancing yg baru..saya rasa memhabiskan Rm10 k masih belum cukup lagi ini cuma untuk 1 set bottom 1 set Popping 1 set Jigging termasuk segala jenis gewang..

Saturday, July 11, 2009

"Apakah Keutamaan Anda?"

"Apakah Keutamaan Anda?"
Pendidikan * Pekerjaan * Keluarga * Harta * Gaya Hidup * Kesihatan
hanya berfungsi sebagai saluran maklumat untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine keluaran syarikat N.Z. New Image Sdn. Bhd (Anak syarikat New Image International di Auckland, New Zealand). Kami BUKAN Pengedar Tunggal, kami merupakan Wakil Pengedar Bebas yang berdaftar di bawah N.Z. New Image Sdn. Bhd. Bagi mereka yang ingin menyertai kami, segala syarat adalah tertakhluk di bawah syarikat N.Z. New Image Sdn. Bhd. Lawati laman web syarikat di www.newimageasia.com.my
Salam hormat, setiap diantara kita sedar segalanya tidak akan memberi makna sekiranya kesihatan kita tidak terpelihara. Kita tentu pernah melihat mereka yang terlantar dikatil-katil hospital menunggu dan menanti untuk sihat kembali. Ketika terlantar harta yang menimbun tidak bermakna lagi, biar kereta mewah dihalaman, biar isteri cantik seksi atau biar apapun jua...SEGALANYA TIDAK BERMAKNA HANYA KESIHATAN PALING UTAMA!!
Ketahuikah anda setiap saat tubuh kita semakin lemah melawan penyakit? Tubuh kita, sering diserang pelbagai bakteria, virus, patogen yang terdapat di udara, makanan, minuman dan tempat kita tinggal. Dan malangnya seringkali kita ‘kalah’ dalam melawan penyakit yang menyerang.Semakin berusia, tubuh kita kehilangan kekuatan Antibodi yang disebabkan oleh Pencemaran, Penghawa dingin, Tekanan emosi, Pemakanan yang tidak sihat, Merokok, Virus dan sebagainya.
Penyakit Yang Bakal Tiba
Sindrom Metabolisma
Ingatan dan emosi
Tekanan Darah Tinggi
Arthritis & Sakit Sendi
Osteoporosis
Buah Pinggang
Diabetes
Strok
Jantung
KekedutanTidak seorangpun dari kita ingin mendapat penyakit-penyakit diatas ini. Namun masa yang berlalu akan tetap menjadikan kita tua dan tubuh kita menjadi semakin lemah. Dikala inilah penyakit yang tidak kita undang tiba satu persatu. Dan kita tidak boleh lari darinya...
Penyakit yang paling digeruniSERANGAN JANTUNG & STROK

Trip Karang kat Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...