Pages

Thursday, October 7, 2010

Tip Dari Teknik Rendaman 3h2m



Sila rujuk links http://xtremeanglers.informe.com/forum/air-masin-f32/xtreme-anglers-kapal-besar-mei-09-t42.html
link di atas hasil daripada satu keajaiban dan menjadi salah satu sejarah saya memancing laut dalam...kerana lubuk kapal besar tidak di kunjungi oleh tekong selama 5 bulan...bak kata tekong ini lubok taruk makan taruk makan..
alhamdulilah saya dengan pakdin seorang berjaya penuhkan setong ikan yg besar.....sembang 2 tahun pun tak habis
pak din merupakan otai bottom banyak ong kata tekong ahseng..tertapi masalah juga nak bawak otai ni p yuran levi tinggi..

Peranan air mati atau air besar
juga banyak memain peranan rata di kawasan selat melaka arus nya agak kuat cuba bayangkan trip berlaku masa air besar
size batu ladung 32 pun belum cukup berat.
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_weatheropenwaters&Itemid=909

Bulan
sila rujuk link ini untuk anda tahu mengenai bulan
http://www.moonconnection.com/

Umpan segar
trip bottom jika mahu hasil yang banyak perlu lah di perbagai dari segi penyediaan umpan segar
seperti sotong kurita,sotong cumit...ikan dari hasil appolo



anda boleh memesan kurita segar dekat pembekal berdekatan
seperti Ijam Permatang Damar Laut 0124680639








Set Bottom
:untuk set bottom digalakkan pakai multiplier la..sapa2 yg ada 2 speed tu lagi baguih,klu xdak pun xpa..xpayah buang duit beli 2 speed,pakai single speed pun dah ok..mainline minimum 50lb..perambot 50lb.panjang dalam 2 depa..rod nih poundage dalam 40-80lb dah ok..
di russian batu ladung sekurang2nya saiz 16 digunakan..jadi sediakan saiz 16,24,32..oleh kerana perambot panjang 2 depa..tanduk harus digunakan.boleh beli tanduk dari tanduk kerbau..1 rm5 kot.tanduk ni dalam ayaq tidak mengeluarkan bunyi seperti tanduk yg dibuat dari besi..mata kail saiz 2/0-3/0 klu ada duit lebih tu,beli la gamakatsu..klu takdak pun xpa..beli hat morahh..macam daici..
[red]waktu [/red] :malam





Port terbaik dalam bot
bahagian belakang bot di galakkan di isi oleh pemancing tegar (otai bottom)kerana masa jenahak atau kakap merah meragut umpan
kerap berlaku di tengah malam hingga ke awal pagi..geng kaki bottom amat memainkan peranan untuk menentukan kejayaan sesuatu trip memancing

Umpan Sotong
Pengunaan umpan tiruan jenama yamacita paling berkesan

harga rm35

peralatan
jenis rod sederhana mugro blue 10kaki Rm300.00
set Daiwa Mt750..braided varivas 80ib


detail tentang MT750
Memang dah lama aku mengidamkan sebuah mesin pancing yang memudahkan dan tahan lasak ni,jadi aku pun mula la g tengok-tengok di kedai-kedai pancing...Teliti punya teliti, survey punya survey ramai kawan -kawan perkenalkan model ni pada aku. Jd secara rasminya aku pun dan guna mesin ni di 2 lokasi memancing, 1 di Kok Adang dan 1 di pelantar Bekok C... jd setakat ni ikan yang paling kasar ikan pisang 8 Kilo je.. jadi dari segi prestasi mungkin aku cerita selepas dapat menumpaskan monster kemudian.. tp dari segi handling boleh la aku tulis kat sini..Aku rasa mesin ni boleh diketegorikan sebagai kelas A diantara mesin-mesin yang seantaranya..mesin ini dilengkapi dengan "two variable speed ranges" satunya ialah "high-speed" oleh itu ia begitu memudahkan ketika pemancing hendak menukar umpan ( High speed ni klau guna tarik ikan silap-silap tekoyak mulut ikan)..dan yang keduanya "high-power" digunakan ketika menarikan mangsa dari dasar..Selain itu dari survey yang dibuat mesin ini mempunyai Maximum winding power 29 lbs continuous/momentary 165 lbs yang paling kuat setakat ini didalam kelasnya.yang lain tu sama je dengan mesin-mesin lain dan boleh tengok spec dibawah..
Sgt berguna klau kita main ikan yang berada didalam strike zone yang berbeza..lazimnya ada 3 jenis strike zone yang selalu berlalu mengikut jenis ikan yang diburu..
1. atas- Tenggiri, belitung, Talang, Alu-alu, layaran, majoriti ikan game fish dll
2. Pertengahan air - Tenggiri, belitung, Talang, Alu-alu, aruantasik,cermin,cupak, dll
3. Bottom@ Dasar - Lazimnya ikan bersisik seperti kerapu, jenahak dan ikan2 makan grade A.

Depth memory sgt2 berguna untuk 3 perkara:-
1. Pemancing boleh berjaga2 sekiranya umpan semakin sampai ke strike zone ikan terutama ikan yang bermain di permukaan dan pertengahan.
2. Pemancing boleh berjaga-jaga ketika umpan dijatuhkan sehingga bottom terutama main disekitar karang tinggi@tukun@berstruktur.
3. Sekiranya main disekitar pelantar dan drift umpan pada tiang2 pelantar, kita dapat mengagak jarak agar umpan tidak masuk betul2 ditgh2 struktur pelantar dan menyusahkan untuk hook up keluar dari pelantar.
Sekiranya kita kenalpasti strike zone, kita hanya perlu tekan button depth memory untuk memudahkan umpan turun buat kali kedua.

Seaborg Megatwin™ SB750MT Features:
Megatwin dual speed range power assist winding
Automatic downshift from speed to power mode
Daiwa's patented power Lever® for instant control of winding speed and power
Programmable Auto Stop feature stops winding when lure reaches the surface

Monday, October 4, 2010

Memancing Mengunakan Gewang -Kerapu





Ini Bukan Sekadar Bahan Pameran Di Dalam Bekas Simpanan Gewang Penulis.sebenar nya cerita tentang gewang belum ada pehujung lagi kerana penulis belum mendapat ragutan sang kerapu bersekala 2kg keatas ,tertapi 1kg kebawah banyak

nanti penulis akan update ....

Trip Memancing Di Karang Penang


TRIP : MEMBURU GT
TARIKH : 29-31 October 2010
TEKONG : YANG IN SENG (AH SENG) gertak sanggul penang
KOS : RM+-350 SORANG.
TARGET : Jig Jig ,Popping
Dapat: mabok free


Biarlah Tajuk Di atas akan ada satu persoalan .. kerana buat masa sekarang peairan pulau pinang sering dilanda cuaca yang tidak menentu asik hujan serta berangin ,trip kali ini merupakan trip terakhir untuk tahun 2010 setelah saya menganjurkan sebanyak 10 trip bersama tekong ahseng, Terdapat beberapa pekara sama ada cerita cerita indah atau cerita duka akan saya tulis.

Lubuk dan harga Trip 3h2m:

TUKUN PERAK RM 4000. paras laut dalam maksimun 70-150 meter
KAPAI JUDI RM 4000 paras laut dalam maksimun 70-130 meter
KAPAI BESAR RM 3500 paras laut dalam maksimun 70-120 meter

Makanan

- Menu utama (ikan, daging, ayam) akan disediakan oleh tekong

- Buah (epal, lai, pisang & tembikai)

- Maggi 2 bungkus (sedap – ayam goreng bawang)

- Roti 2 bungkus besar( kaya & jem )

- Kacang, mamee & double dacker , kuaci matahari

- Nugget & sosej

- telur ayam 12-20

- cili sos lingam dan life

Minuman

- air mineral (2 karton)

- air gas (10 botol)

- air kotak- pack besar - teh bunga 3 kotak , mango 2 kotak

- kopi uncang 2 pack - ali cafe

Umpan

- kembong (5kg)

- borek (6kg)

- anak tongkol ( 10-15 ekor)

- udang lipan (30 ekor)

Peralatan

- apollo (size 12 ) - STANBY 5-6 PACK dan saiz utk tongkol

- candat sotong saiz 4-5 cm(brand yamashita )

- batu ladung (16, 24 & 32)

- mata kail ( 17, 19 & 24@ 2, 3,4& 6)

-perambut (50, 70, 90 & 100 ilb)

- jaket & baju hujan

-first aid box

Sedikit maklumat tentang memancing di Pulau Pinang ...

Detail trip dan lubuk:
10pgi - sampai ke jeti, makan dan punggah barang
12tgh - Bertolak dari jeti ke unjam/tuas, lubuk pertama - apollo dan bottom . (hanya akan ke Russia jika khabar tenggiri ada)
1-5 ptg - selepas jelajah beberapa unjam dan umpan mencukupi, maka terus ke lubuk utama, kapai besar
5-7pg - pancingan bottom, casting, jig dan popping - sasaran jenahak, siakap merah, kerapu, tenggiri, Gt dll.

7pagi-9 – cari umpan fresh kat unjam untuk malam lak…dan meeting lain lak kalu2 nak ke lubuk lain lak…

Lubuk utama: Kapai besar
Rekod hasil di lubuk: jenahak, siakap merah, tenggiri Gt dan pebagai ikan-ikan bottom/pelagik (3h2mlm)
Kedalaman- 60-100 meter, jika batu ladung kecil boleh sampai 140 meter.
Jauh perjalanan 3-4 jam.
kawsan berkarang dipenuhi kapai besar dan karang yang efektif. sangat baik utk bottom, jigging, casting dan popping. Bottom perlukan umpan fresh(borek, sotong) baru ikan makan. Umpan mati kuraang. jadi kena apollo habis-habisan. Unjam ada di sekitar 4-5 unjam pada kedudukan 1-2 jam ke lubuk.

Lubuk 2 yang nak di cadangkan : Karang mangkuk
Rekod hasil di lubuk: 50 ekor jenahak dan pebagai ikan-ikan bottom/pelagik (3h2mlm)
Kedalaman- 60-90 meter, jika batu ladung kecil boleh sampai 120 meter.
Jauh perjalanan 2-3 jam.
kawsan berkarang dipenuhi lubang besar yang efektif. sangat baik utk bottom. Cuma perlukan umpan fresh baru ikan makan. Umpan mati sorri. jadi kena apollo habis-habisan. Unjam ada di sekitar 4-5 unjam pada kedudukan 10-20 minit ke lubuk.

Utk bottom:

1 rod sederhana keras
1 reel/rod jigging - ringan shj
1 reel bottom, manual atau bangla (akalu kaki ada 6-8 org boleh pancing 2 reel bottom, so please standby)
Tanduk jenis plastik atau besi panjang, tak mahu jenis besi yg berlubang.

batu ladung 24-32 (bottom) 12-16 (apollo), sediakan dlm 7 ketui utk saiz 24-32
Light jig (esp. luminous jig - surecatch powerjig, williamsom achovy, alien jigging master dll)
Perambut 60-80lb 3 depa, belakang 4 depa
yamashita utk umpan sotong
Mata kail bottom saiz 3 shj, 19 utk Daichi
bangla: soket tersedia kat bot. Tak payah bawak bateri.
Apollo bawak secukupnya semua diwajubkan apollo utk pastikan umpan segar unjam tak habis, selalu bila ikan banyak umpan habis awal.

Sunday, October 3, 2010

Memancing Di Pulau Langkawi 6-8 nov 2010

Satu Tajuk Yg Menjadi Satu Persoalan Di Dalam Fikiran Saya Buat Masa Ini Kerana Tarikh Tersebut Merupakan Air Pasang Besar,Mengikut Nasihat Kawan Iaitu Zubir Air Pasang Besat Tidak Sesuai Untuk Ativiti Menjerat IKan Gt .

Tuesday, December 8, 2009

Berminat dalam Popping


Big splash big fish bak kata orang putih....
Salam sume..teman pun nak kongsi skit la..rasanya popper Rosta ni tak la mahal mana tapi masih relevan klau kita bawa ke pelantar..alhamdulillah kedua-dua popper ni nak merasa di kokak oleh GT..

Popper yang berjaya memikat GT di Pelantar Minyak Terengganu atau kawasan Kapal Karam Kawasan Pulau Pinang
Halco Rosta 45gram..
Popper River2sea model Bubble Walker 180


Gambar diatas menunjukkan popper keluaran river2sea model Bubble Walker 180. Didalam badan popper ni dilengkapi dengan bearing yang memberi kesan getaran dan bunyian apabila ditarik dan dihenjut ketika aksi popping. Tepat dengan namanya bubble walker, ia meninggalkan kesan buih yang dihasilkan oleh mulut popper yang terbuka. Ini memudahkan kawanan GT mengesan kehadiran popper ni. Ia ibarat anak ikan yang sedang bermain dipermukaan terutamanya ketika ia ditarik dan dihenjut dengan kala yang sama.
Popper seberat 180g ni amat sesuai digunakan untuk balingan jarak jauh dan menghampiri kawanan GT yang sedang boiling. Tetapi popper ni terdapat sedikit kelemahan dari segi kemasan pembuatannya. disebabkan oleh rekabentuknya daripada plastik, kemasan clear coatnya mudah tertanggal.


Popper River2sea model dumbell pop 200



Gambar diatas menunjukkan popper River2sea model dumbell pop 200, Popper dilengkapi dengan warna matelik ni juga dibekalkan dengan sepasang mata besar sebagai pemikat. mulutnya yang besar dengan leher yang ramping dapat menghasilkan bunyi pop yang nyaring dan mudah untuk memikat kawanan Gt untuk mengejarnya. beratnya 200g dengan mentuk badan yang sedikit panjang berbanding bubble walker lebih memudahkan balingan tepat kesasaran apabila diperlukan.
Selain dari pada popper itu sendiri, aku pernah dinasihatkan oleh rakan seperjuangan agar menukar mata 3 yang sedia ada kepada mata 3 yang diyakini prestasinya, ini bagi mengelakkan kejadian mata 3 yang terkangkang. Gama 4X - 3/0 (Gamakatsu) dan Owner solit ring hiper wire digunakan sabagai penyambung mata 3 kebadan popper. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada aku untuk hook up dan pump ketika ikan membaham popper.


Surecatch


Jenama surecatch memang paling berkesan sudah terbukti terutama Team Xa sentiasa membawa jenama ini ke mana tempat untuk di uji ternyata hebat hasil nya sila rujuk trip xa yang lepas dan
rekod ikan terberat GT 25kg di penang lokasi kapal singapore oleh pemancing bernama Paksu juga telah menggunakan jenama ni




pada trip oct 2009 lokasi pelantar minyak pulai yg di gunakan oleh aji aji berjaya menaikan ikan Gt seberat 21.5 kg juga mengunakan popper surecatch..


Kelemahan

anda perlu menukar rings asal ke jenama lebih lasak kerana ring boleh terbuka apabila di gasak gt 20kg keatas


Hasil Halco Rosta
rekod ikan terberat di trip penang GT 15kg oleh pemancing bernama Sado juga telah menggunakan jenama halco rosta



Set Sederhana untuk popping.


Rod Opus Bull Monster mash 8kaki ,Tali power pro 60ib,Reel Saltiga Blast 4500

cuba bayangkan jika size ikan Gt 20kg jika anda mengunakan set sederhana ini pasti anda keletihan menakibatkan pengsan2 atau 3 jam ..kerana telah berlaku terhadap saya.


Set Berat Untuk Popping


Rod Shimano Caranx panjang 8,4 tali power pro 80ib Reel Twin Power PG8000(akan di upgrade ke Stella 8000HG)



terpulang kepada kemampuan masing masing....tertapi ingat dari orang tua saya kalau terkena sakit gilos memancingterpaksa lah saya berkerja keras mencari duit untuk membeli alatan memancing dikala hari in harga peralatan memancingmahal bak boleh meminang anak dara...adakah anda sanggup berabis kerana tergilakan alatan memancing yg baru..saya rasa memhabiskan Rm10 k masih belum cukup lagi ini cuma untuk 1 set bottom 1 set Popping 1 set Jigging termasuk segala jenis gewang..

Trip Karang kat Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...