Pages

Thursday, August 4, 2011

TENGGIRI OH TENGGIRI

Tenggiri...salah satu species ikan yg terkenal dengan kuasa pecutan yg mampu membuatkan reel para pemancing berasap sekaligus menguji tahap kelincinan drag sesuatu reel..apabila pemancing yang baru berjinak2 dengan arena pancingan tenggiri ni,pengalaman pecutan dari species ini dan bunyi reel menjerit-jerit pasti akan menyebabkan keterujaan yg sekaligus yang menyebabkan tangan si pemancing baru ini akan menggeletar..ini disebabkan oleh rembesan andrenalin ataupun andrenalin rush..inilah yg membuatkan pemancing-pemancing baru akan menceritakan pengalaman ini bercerita selama berbulan-bulan lamanya..baiklah..disini saya berikan sedikit tips untuk membuat perambut untuk memancing tenggiri tenggiri yg popular di tuas yan kedah dan teknik pancingan yg saya amik dari web yang lain..





Apakah teknik casting berpemutar? Bagaimanakah cara membuatnya? Sebenarnya teknik ini sudah lama diperkenalkan dan menjadi amat popular di kalangan peminat pancing. Che Hasruddin dalam majalah Pancing (Bil. 80, Jun 2004; juga lihat pics) juga pernah memberi penjelasan terperinci tentang cara membuatnya serta keberkesanannya.

Cuma kali ini saya ingin membincangkan kenapa dalam sesetengah keadaan, ia kurang menjadi buat sesetengah pemancing cap ayam, termasuklah saya. Terdapat juga kelemahan-kelemahan biasa yang sering dilakukan oleh pemancing semasa menjayakan teknik ini. Dengan menganalisis punca-punca kelemahan tersebut, saya berharap dengan ilmu yang sedikit ini dapat menyumbang minat serta pengetahuan mendalam para pemancing terhadap teknik ini.

Keperluan Asas Membuat Pemutar

Bagi menjayakan teknik ini bergantung kepada cara pemutar dibuat dan digunakan. Kombinasi empat perkara asas diperlukan dalam membuat pemutar yang lengkap. Antaranya pemutar, mata kail, perambut dawai dan pemberat. Aksesori tambahan yang sering digunakan pula ialah manik-manik yang berbagai warna dan bentuk. Selalunya ini telah tersedia dalam satu pek yang boleh dibeli dari kedai pancing. Pek tersebut asalnya disediakan untuk pengilat haruan, tetapi akhirnya lebih laku dibeli oleh peminat casting tenggiri.

Cara menyediakan pemutar ditunjukkan melalui gambar-gambar dibawah mengikut caranya yg betul. (Ruj: Majalah Pancing, Jun 2004). Tak semestinya 4 mata digunakan, 3 pun boleh asalkan sesuai dengan saiz umpan digunakan. Penggunaan manik bukanlah satu yg wajib kerana pemancing Penang membuat pemutar tanpa memasukkan manik-manik.



Beberapa Aspek Penting

(i) Persediaan Kekili dan Joran yang sesuai

Timbul persoalan apakah kekili dan joran yang sesuai untuk casting tenggiri? Ini persoalan yang agak asas kerana tidak semua kekili dan joran sesuai digunakan untuk teknik ini.

Seeloknya peralatan casting kelas ringan sahaja digunakan, atau sebaiknya kekili 'cap ayam'.ini kerana kekuatan tenggiri terletak pada pecutannya dan cara larian tenggiri yg akan mengadap kearah pemancing.tidak seperti GT yg mempunyai stamina dan kedegilan untuk memalingkan kepala kearah pemancing disebabkan itu saya lebih suka menyarankan penggunaan peralatan casting kolam, asalkan ia sesuai dan boleh memuatkan tali yang lebih panjang. Maklumlah tenggiri kadangkala kuat melawan dan berupaya menarik tali sejauh 100 meter sebelum berpusing semula ke arah kita. Joran yang sesuai untuk casting tenggiri pula mestilah panjang sekitar 6 hingga 7 kaki, ringan dan tidak terlalu keras. Ini untuk memudahkan lontaran dibuat dan memastikan umpan jatuh tepat ke kawasan yang dilalui tenggiri.

(ii) Tali utama:

Pemilihan tali juga memainkan peranan penting. Tali yang baik ialah dari jenis mono yang berkekuatan 15-20 paun, tak kira apa jenama sekalipun asalkan ia halus dan kental. Tali utama yang halus memudahkan umpan dibaling pada jarak yang lebih jauh dan umpan pula dapat tenggelam lebih cepat.

Warna tali yang disarankan ialah hijau, biru atau jernih, walaupun bagi sestengah pemancing, penggunaan warna jernih juga tidak digalakkan kerana menimbulkan silauan jika terkena cahaya matahari. Biasanya tekong mempunyai pendapat sendiri tentang pemilihan jenis dan warna tali. Sebagai pemancing, anda haruslah mendengar nasihat yang diberikan oleh tekong kerana mereka sudah arif dengan sifat-sifat pemangsa di kawasannya.

Penggunaan tali mono digalakkan berbanding sulam. Walaupun kadangkala tarikan tenggiri ganas, tetapi jika dilayan dengan betul, tali yang berkekuatan 10 paun pun takkan putus melainkan jika anda terlalu mengetatkan drag. Penggunaan tali sulam yang tebal bukan sahaja menakutkan tenggiri, malah mengganggu pemancing lain, lebih-lebih lagi jika terbelit pada tali lain yang sedang diragut tenggiri. Akibatnya, terjadilah kes-kes tali utama putus semasa pemancing sedang syok melayan asakan ikan.

(iii) Perambut dawai:

Tali utama akan disambung kepada sejenis perambut dawai yang panjangnya lebih kurang 6-8 inci yang diikat dengan tiga hingga empat mata kail. Perambut dawai yang disarankan adalah dari jenis berkualiti misalnya jenama Seahawk cap gajah kerana ia tidak cepat putus atau menggerutu apabila terkena gigitan tenggiri. Perambut dawai juga hendaklah terdiri dari jenis yang halus dan berkekuatan 20-30 paun sahaja. Ia kemudian disambungkan kepada tali utama dengan menggunakan satu cili yang kecil tetapi kuat. Seboleh-bolehnya semua unsur yang digabungkan pada perambut pemutar seperti tali, dawai dan cili hendaklah dari jenis yang kecil atau halus, tetapi kuat. Ini termasuklah dari segi pemilihan mata kail.

(iv) Mata kail:

Jangan ambil mudah soal penggunaan mata kail. Pastikan yang digunakan adalah dari jenis yang kuat dan tajam. Pemilihan mata kail yang sesuai dari segi ukuran iaitu saiz 2-3 dan kuat seperti Gamakatsu, Mustad dan Daichi dapat menghindari daripada berlakunya kes-kes rabut dan mata kail terkangkang.

Tak kisahlah sama ada tiga atau empat mata kail digunakan bagi satu pemutar asalkan ia sesuai dengan jenis dan saiz umpan yang disediakan. Apa yang penting ialah mata kail yang berada paling depan, iaitu yang akan mencangkuk kepala umpan perlulah dipastikan benar-benar kuat dan tukarkan jika ia telah berkarat dan lama digunakan. Ini penting kerana bahagian kepala umpan atau pemutar sering menjadi asakan utama sang tenggiri.

Teknik yang berkesan

Pertamanya, kita haruslah memastikan balingan dapat dibuat sejauh mungkin kerana lebih jauh umpan dibuang, lebih besar kemungkinan sasaran mengena.

Keduanya, cara balingan dan mengarau umpan memepengaruhi kadar ragutan. Pastikan setelah dibaling, umpan dibiarkan tenggelam dulu selama beberapa ketika. Jangan terus mengarau. Sesetengah umpan kurang mendapat sambutan kerana tidak sampai betul-betul di kawasan yang terdapat tenggiri dan kerana umpan yang dikarau mengapung sedang tenggiri menunggu di kawasan pertengahan air.

Untuk menyelesaikan masalah ini, letakkan batu pemberat yang sedikit besar atau tambah dua pemberat bagi memastikan umpan dapat atau cepat tenggelam. Sesetengah pemancing yang mendapat ragutan ikan akan mengekalkan cara balingan dan karauan dan ini membolehkannya berjaya memperoleh ragutan ikan bertubi-tubi.

Ketiga, lokasi balingan bergantung kepada kedudukan bot dan tuas. Anda haruslah memastikan balingan dibuat menghala ke tuas, bukannya ke luar kawasan tuas kerana tenggiri biasanya bermain di sekeliling tuas.

Apabila umpan diragut mangsa, anda perlulah menyentap joran sekali dua dengan kuat supaya mata tertancap kemas di mulut tenggiri. Pastikan rod dan tali utama sentiasa ditegangkan untuk mengelakkan ikan melepaskan diri atau memutuskan tali. Pastikan drag kekili anda juga sudah berada dalam keadaan yang sesuai dan tidak terlalu ketat. Kegagalan untuk melonggarkan drag lebih awal bukan hanya menyebabkan tali utama putus, malah dawai pun boleh diputuskan oleh gigi sang tenggiri yang tajam.

Seeloknya anda tidak membiarkan sesekalipun ikan memutuskan tali. Biasanya apabila berlaku kes-kes rabut dan putus, mangsa yang terkejut akan melarikan diri bersama kumpulannya. Kita perlu menunggu masa yang lama untuk ia datang kembali. Lebih parah lagi, jika kumpulan tenggiri terus menghilang menyebabkan kita berputih mata.

nanti kita sama-sama bincangkan untuk teknik jigging pula untuk menjerat species ini

No comments:

Trip Karang kat Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...