Pages

Sunday, October 10, 2010

Cast @ Tangkap Gambar Lepas tu Lepas Balik

Ramai dikalangan pemancing tanah air kita mulai sedar tentang kepentingan dan cuba untuk mempraktikkan konsep tangkap dan lepas ini.
Malangnya tak semua dari kalangan kita memahami sebenar2nya konsep tangkap dan lepas ini. Adakalanya melepaskan ikan kelihatan
seperti agak mudah iaitu dengan menanggalkan matakail terus dari mulut ikan dan terus dilepaskan ke dalam air lalu ia berenang dengan
bebasnya. Malah ikan juga tidak menunggu kita untuk dirinya dibebaskan, sebaliknya ia akan meronta2 dengan menggeliang-geliut
untuk membebaskan dirinya.

Sesuatu pertarungan itu dapat memberi suatu cabaran yang menguja dan keseronokkan yang tak terhingga kepada kita, tetapi tidak
kepada ikan. Ia bertarung untuk terus hidup. Oleh kerana separuh dari nyawanya telah hilang di dalam pertarungan tersebut maka
kita tidak boleh melepaskannya ke dalam air begitu sahaja sebelum dirawat dan dipulihkan terlebih dahulu. Sekira kita
membebaskannya serta merta, ikan tersebut akan berenang lemah secara terbalik iaitu dengan perutnya ke atas lalu
menunggu masanya untuk menemui ajal.

Jadi di sini teman kutip beberapa fakta2 dari berbagai sumber rujukan dan diterjemahkan ke bahasa ibunda agar ianya memberi
manfaat serta boleh dijadikan panduan dan pedoman kita bersama.


Pemilihan Alat Tangkapan

- Gunalah tali pancing yang telah diuji ketahanannya bagi memboleh menarik tangkapan dengan mudah dan segera.

- Ikan yang dipancing dengan menggunakan fly atau lure lebih berpeluang tinggi untuk terus hidup berbanding penggunaan
umpan hidup.

- Sesuaikan matakail dengan saiz tangkapan.

- Guna playar untuk memicit barb (duri pandan) agar matakail lebih mudah ditanggalkan dari mulut ikan.

Mendaratkan Tangkapan

- Daratkan ikan dengan lemah lembut dan sepantas yang boleh.

- Tidak perlu mengalihkan ikan tersebut keluar dari air.

- Elakkan ikan jatuh terhempas ke tanah, perut bot meskipun di dalam air yang cetek.

- Gunalah tangguk atau sauk (landing net) yang mempunyai jaring yang lembut atau jaring yang tidak mempunyai knot
seperti jaring silicon.

Menangani Tangkapan

- Kekalkan ikan terus berada di dalam air.

- Bagi ikan yang besar peganglah dengan kedua2 tangan dengan lembut iaitu sebelah tangan mengampu di bawah perut
manakala sebelah tangan lagi memegang di bahagian ekor.

- Pastikan jari jemari tidak menusuk ke bahagian insang atau mata.

- Jangan memicit mana2 bahagian badan ikan.

- Ikan tidak boleh bertahan lama di darat sepertimana manusia tidak boleh bertahan nafas dengan lamanya di dalam air.
Peganglah ikan tersebut dari dalam air lagi sementara itu mintalah kawan untuk mengambil gambar foto.

Mengeluarkan Matakail

- Gunalah forsep atau playar bermuncung panjang bagi mengeluarkan matakail dari mulut ikan.

- Keluarkan matakail secepat mungkin dan pastikan ikan sentiasa berada di dalam air.

- Seandai matakail tertelan agak jauh ke dalam mulut, potong terus tali perambut dan lepaskan ikan itu dengan serta merta.
Sekira ikan tercedera dengan parah atau berlaku pendarahan pada insangnya, hayat ikan tersebut mungkin tidak panjang
maka adalah lebih baik dibawa pulang untuk menjadi hidangan seisi keluarga.

- Elakkan dari mengguna matakail stainless steel kerana matakail tersebut tidak melarutkan asid di dalam perut ikan apabila
ia terkena kail.

Merawatpulih Tangkapan (Reviving)

- Ikan hendaklah sentiasa berada di dalam air sepanjang masa. Sekiranya untuk mengambil gambar foto, pastikan jurufoto telah
bersiap sedia dan lakukan dengan pantas agar ikan tersebut dengan segera diletakkan semula ke dalam air.

- Setelah bertarung habis2an biasanya ikan akan menjadi sangat letih dan tidak berupaya. Oleh itu ikan perlu dirawatpulih terlebih
dahulu sebelum terus dilepaskan ke dalam air. Langkah pertama pastikan kepala ikan tersebut mengarah ke hulu sungai, pilihlah
suatu sudut atau kawasan yang berarus perlahan (manakala di tasik atau lautan, arus bukanlah suatu faktor masalah bagi proses
merawatpulih tangkapan). Gerakkan perlahan2 (lihat gambarajah 1) dengan menyorong ia ke depan dan undur semula ke
belakang berulang2 kali sehingga kelihatan bahagian insangnya mula membuka dan menutup sehingga stabil. Bila ikan
tersebut semakin pulih dan stabil dan cuba untuk memulakan renangan, maka biarkan ia terus berenang dengan
sendirinya dari tangan kita. (lihat gambarajah 2)

- Ikan yang besar biasanya mengambil masa untuk kembali pulih, maka ulangi proses tersebut berkali2 sehingga ia pulih
seperti sediakala.

No comments:

Trip Karang kat Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...