Pages

Thursday, October 7, 2010

JERAT YFT CARA MABUL STYLE

JERAT YFT CARA MABUL STYLE

Mata 'circle hook' yg nelayan tempatan guna untuk kaedah "mabul Style' ni. Nanti bawa lebih sikit trip Jan nanti. Kat hand line tu tekong kata dia orang dah ikat dgn tali kecil sebagai penanda di setiap 10 depa, jadi dia orang boleh tau di kedalaman berapa umpan tu diletakkan.



Ni batu ladung utk guna kaedah 'Mabul style 'ni. Tekong dah sedia awal2. Che We kata dah masuk dlm harga trip. So tak payah bawa batu ladung cuma bawa yg kecil utk main anak kerapu bara kat area karang nanti.



Kat penghujung leader, dlm 2 kaki dari mata kail/ umpan, awak2 akan ikat tali kecil dimana di penghujung tali kecil ni diikat pula tali besar yang diasah tajam. Tujuan berfungsi sebagai jarum nak cucuk 'dakwat sotong' nanti.



Gambar 'dakwat sotong' tiruan yg disediakan bg trip ni. Hj kata semua nelayan memancing YFT pakai kaedah ni dah lama dah, jadi dakwat ni ada disediakan dan dijual di pasar kat Semporna. Dakwat tu katanya hasil campuran dakwat sotong dicampur dengan cecair tiruan. Tujuan untuk mengaburi sang YFT dan menarik minat YFT untuk memakan umpan sotong (sbg rasuah).


Selepas mata kail dicucuk ke umpan sotong, 'Dakwat sotong' dicangkuk ke mata kail.


Inilah rupanya selepas matakail dicucuk ke umpan & 'dakwat sotong'


Ikan tamban di potong kecil. Umpan sotong (yg dah dicucuk matakail & dicangkuk sekali dengan 'dakwat sotong) diletakkan di atas batu (yg disediakan oleh tekong untuk trip ni).



Ikan tamban yg dipotong diletakkan bersebelahan dgn umpan sotong.



Umpan sotong berserta ikan tamban yg dipotong diikat dgn tali leader.



Di penghujung ikatan, awak2 akan ikat longgar macam ikat tali kasut. Jarum pd tali kecil yg diikat pd jarak 2 kaki dari mata kail tadi spt di foto 3 tu dicucuk perlahan2 ke plastik 'dakwat sotong'.



- Umpan yg diikat ke batu ni akan dilepaskan perlahan2 ke laut bersama2 dengan batu ladung yg di pasang ke rod. Bail arm di reel perlu di 'loose' kan supaya umpan (yg diikat ke batu) & batu ladung diturunkan secara bebas tanpa sekatan ke dalam laut.



- Lepaskan tali ke kedalaman yg ditetapkan oleh tekong. Tali braided yg berwarna (10m tiap satu warna) amat berguna kerana dapat menentukan kedalaman dimana umpan diletakkan.

- Konsep kaedah ni- bila umpan dah berhenti di kedalaman yg ditetapkan (bail arm ditutup), rod perlulah disentap. Dengan sentapan ini tali leader yg diikat macam tali kasut tu akan terbuka. Batu akan jatuh ke bawah dan umpan tamban yg telah diikat tadi akan terburai. Pd masa yg sama, jarum pada tali kecil yg di cucuk ke 'dakwat sotong' akan terbuka & dakwat hitam akan terkeluar.

- Ini akan menarik minat YFT yg berada berdekatan dgn umpan (tamban yg terburai dan dakwat sotong yg terkelihatan). YFT akan mula menjamah umpan sotong (ni kegemaran YFT- ada mention dlm google).

- Pas tu upacara tarik menarik dgn YFT dan mendengar reel mendesut pun bermula. He,he,... masa ni yg paling best....

- Harap maklum sekiranya tali pancing tensangkut di bail arm reel atau pun umpan dilepaskan secara kasar, tali ikatan macam ikat tali kasut tu akan terburai seawal umpan mencecah laut dan impian nak dapat YFT berkubur lah....

- Kalau umpan tak mengena, nak kena karau 50m - 100m secara manual memang memenatkan. Masa ni baru lah kegunaan bangla amat dihargai....he,he,...

- Selamat memancing (bagi yg dah book trip). atikel ambik kat poknikTQ.

No comments:

Trip Karang kat Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...